1001
SEBAB
Kena serbu kemaman
JAN 2024
Volume 004
Kemaman dan penyu
Destinasi Menarik untuk Pencinta Alam
tempat ootd
Kat mana tempat cantik kat Kemaman ni?
tips travel
Rancang perjalanan anda dengan bijak!
E-MAJALAH PELANCONGAN kemaman
The editor
edisi ke-4
Assalamualaikum
"Syukur, dah sampai edisi ke-4 ya kita. Pejam celik pejam celik dah 4 Majalah kita berjaya terbitkan! Terima Kasih yang mana dah baca Majalah kita ni. Majalah ni khas untuk yang suka travel dalam Malaysia. Isinya memang padu habis, Semoga perjalanan anda ke daerah Kemaman ni sangat menyenangkan dan semoga korang enjoy habis semasa berada di sini!
Harap korang suka dengan majalah terbitan kami ni.
Editor Haziq Syazwan - www.ilovekemaman.com
Januari 2023
01
To Bring More People To Visit KEMAMAN !
Editor Haziq Syazwan
Kerjasama Kelab Tiktok Positif Kemaman
Facebook I Love Kemaman Dot Com
TikTok I Love Kemaman Dot Com
Instagram I Love Kemaman Dot Com
YouTube I Love Kemaman Dot Com
Twitter I Love Kemaman Dot Com
Website ilovekemaman.com
Diterbitkan oleh:
Kelab TikTok Positif Kemaman
PPM-019-11-19042023
Hubungi Kami Di:
Alamat : No.6, Tingkat Atas,
Kg. Pengkalan Pandan
Bukit Mentok, 24000 Chukai,
Kemaman, Terengganu
Tel: +6011-59965100
Email : admin@ilovekemaman.com
E-MAJALAH PELANCONGAN
02
Pengenalan
ISI
KANDUNGAN
Vol 004
Tahukah Anda?
04
Kamus Loghat Bahasa Ganu
05
5 Sebab Kena Serbu Kemaman
06
Tips Travel
11
03
Tahukah
Anda?
Telaga simpul merupakan sebuah aliran mata air yang mengalir turun dari atas bukit dan bertakung. Takungan mata air ini telah digunakan oleh penduduk-penduk tempatan dan pelayar yang singgah untuk mandi, membasuh dan juga tujuan bagi air minuman. Ia terletak dipinggir Pantai Marina.
04
Kamus Loghat bahasa ganu
Babir
Maksud: degil (perangai)
Ayat: Akil, anak Soh yang tinggal di tepi alur itu memang babir, langsung tidak hendak mendengar nasihat orang lain.
Badi
Maksud: Berlawan/bertanding
Ayat : Pertemuan kita kali ini untuk mencari kata sepakat tetapi kalau badi bercakap sampai malam tentu tidak berhasil
Bahang-rambang
Maksud: Buat kerja tak ikut panduan atau secara melulu
Ayat: Kalau membuat kerja secara bahang-rambang lebih baik berhenti sahaja.
05
PEMULIHARAAN penyu
“kemaman dan penyu”
Kemaman, tempat yang hip dan happening untuk dikunjungi!
Jangan lepaskan peluang merasai vibe pemuliharaan penyu yang cool di sini.Ada pusat-pusat menarik macam di pantai Chakar Hutan, Ma'Daerah Turtle Sanctuary, dan di Pantai Teluk Mak Nik.
korang boleh tengok penyu bertelur, baby penyu dilepaskan ke laut, semua live gais! Best gila! Kalau nak extra, ada juga program pembelajaran yang seronok, dapat ilmu sambil chill.
E-MAJALAH PELANCONGAN
06
PAsar mingguan
Pasar mingguan ataupun dikenali sebagai pasar malam di Kemaman ni memang seronok gila, bro!
E-MAJALAH PELANCONGAN
07
"Pasar Besar Chukai”
"Menjejaki Kehebatan Pasar Besar Chukai di Setiap Sudut”
"Pasar Besar Chukai, vibe dia memang onz gila! Buah-buahan fresh macam Pisang, Nanas, , Mata Kucing confirm ada dalam list. Pasar ni tak main-main, warna-warni gerai dia memang eye-catching. Nak beli barang basah pun senang, ada ikan, ayam, semua fresh habis.
Pasar Besar Chukai ni bukan saja bagi barang fresh, tapi juga bagi pengalaman beli-belah yang memorable. Serbu sini kalau nak feel the freshness, guys!"
E-MAJALAH PELANCONGAN
08
Street art kemaman
"lorong seni kemaman"
Tak tahu nak ootd kat mana dalam Kemaman ni? Nah ini salah satu tempat yang Cantik!
Bandar Kemaman ni memang next level, gais! Ada street art yang memang tak boleh lepaskan kalau kau datang sini. Masjid Jamek jadi hotspot gais, ada mural-mural yang power habis. Jalan-jalan kecil pun penuh warna, macam lukisan jalanan hidup je.
Kalau kau suka ambil gambar OOTD, korang wajib check out graffiti dan mural kat sini.
E-MAJALAH PELANCONGAN
09
"Tasik Biru dalam Fotografi Drone: Pemandangan dari Angkasa"
Kemaman Blue Lake
Bro, Kemaman ni memang tak habis-habis surprise weh, especially bila sampai kat Tasik Biru. Korang kena tengok sendiri, air dia macam biru laut Thailand, serious tak tipu! Mata memang tak leh move on, instaworthy gila.
Tapi takde la Tasik Biru ni cuma cantik je, bro. Atmosfera dia chill habis, perfect untuk escape dari hustle and bustle kota. Kalau kau nak relax, lepak sambil tengok air biru yang memukau, inilah tempatnya.
E-MAJALAH PELANCONGAN
10
Tips travel
Buat senarai barang keperluan
Sediakan senarai keperluan peribadi dan barang keperluan sebelum berangkat, dan semak sebelum meninggalkan penginapan atau destinasi setiap kali bergerak. Ini membantu memastikan bahawa anda tidak melupakan barang penting dan memudahkan perjalanan anda dengan lebih teratur.
11